KARANGASEM: Gempa bumi sekuat 4.8 pada skala Richter menggegarkan Pulau Bali, pagi tadi, menyebabkan tiga terkorban.
CNN Indonesia melaporkan, Ketua Pelaksana Badan Pencegahan Bencana Daerah (BPBD) Wilayah Bali, Made Rentin berkata, dua orang dilaporkan meninggal dunia di Bangli.
Menurutnya, seorang lagi terkorban di Karangasem manakala tujuh yang lain cedera parah.
“Di Karangasem, seorang meninggal dunia akibat runtuhan bangunan,” katanya.
Gempa sekuat 4.8 pada skala Richter itu berlaku pada pukul 3.18 pagi (waktu Indonesia Tengah) di Karangasem, Bali.
Gegaran dirasai di Karangasem, Denpasar dan Lombok Utara.