Empat masjid rosak akibat rusuhan di India - Utusan Malaysia

Empat masjid rosak akibat rusuhan di India

PROTES sebagai membalas dendam terhadap insiden keganasan yang mengakibatkan tujuh penganut Hindu maut di sebuah kuil di Bangladesh.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUWAHATI: Pihak berkuasa terpaksa mengawal ketat kawasan masjid di timur laut Tripura, selepas kumpulan sayap kanan menyerang penduduk Islam, Rabu lalu. 

Serangan itu dipercayai dilakukan sebagai membalas dendam terhadap insiden keganasan yang mengakibatkan tujuh penganut Hindu maut di sebuah kuil di Bangladesh. 

Susulan itu, pihak berkuasa melarang sebarang perhimpunan melebihi empat orang di kawasan yang semakin tegang itu. 

Pihak polis turut mengeluarkan amaran mengenai penyebaran ‘mesej provokatif’ yang bertebaran dalam media sosial.  

Tripura mempunyai sempadan sepanjang 850 kilometer dengan penduduk majoriti Islam di Bangladesh.

Rusuhan didakwa berpunca akibat rakaman gambar menunjukkan al-Quran diletakkan di atas lutut sebuah patung semasa perayaan Hindu. 

Rakaman itu mengundang kemarahan penduduk Islam sehingga tersebar ke 12 daerah di Bangladesh. 

Dalam pada itu, India menyatakan kebimbangan terhadap serangan dan masalah yang tercetus di Tripura yang menyebabkan ratusan pengikut kumpulan sayap kanan Vishwa Hindu Parishad berhimpun. 

Sekurangnya-kurangnya empat masjid dirosakkan dan premis kedai milik orang Islam digeledah. 

Tripura diperintah oleh Parti Bharatiya Janata yang diketuai oleh Perdana Menteri, Narendra Modi. 

Pemimpin minoriti Islam di India memaklumkan serangan semakin meningkat sejak parti nasionalis Hindu berkuasa di negara itu dari 2014.-AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN