fbpx

25 Oktober 2021, 5:05 am

  TERKINI

Dos penggalak Pfizer dan Moderna sesuai untuk penerima vaksin Johnson & Johnson

SATU dos suntikan vaksin Johnson & Johnson didapati berkesan mencegah jangkitan Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu kajian awal dari Amerika Syarikat (AS) mendapati penerima vaksin Covid-19 keluaran Johnson & Johnson (J&J) mungkin sesuai untuk menerima dos penggalak jenis Pfizer atau moderna.

Kajian yang dibiayai oleh Institut kesihatan Kebangsaan (NIH) itu bertujuan melihat kesesuaian vaksin campuran iaitu gabungan vaksin keluaran berbeza sebagai dos penggalak.

Kajian itu dijalankan terhadap 458 orang dewasa yang divaksin dengan satu daripada tiga jenis vaksin iaitu Pfizer, Moderna dan J&J dalam tempoh sekurang-kurangnya 12 minggu.

Kumpulan ini dipecahkan kepada tiga kumpulan baharu untuk menerima satu daripada vaksin sedia ada sebagai dos penggalak.

Setiap kumpulan mengandungi 50 orang dan saintis kemudiannya akan menganalisis tahap antibodi penerima selepas 15 hari suntikan dos penggalak diberikan.

Bagi mereka yang menerima vaksin awal J&J, tahap antibodi mereka didapati meningkat empat kali lebih tinggi selepas menerima dos penggalak, manakala penerima dos penggalak Pfizer menunjukkan peningkatan 35 kali ganda dan Moderna (76 kali ganda).

Kajian itu juga menunjukkan tahap antibodi mereka yang mendapat vaksin Moderna lebih tinggi tanpa mengira jenis dos penggalak diterima berbanding mereka yang awalnya disuntik dengan vaksin Pfizer atau J&J.

Bagaimanapun, seorang pakar di Kolej Perubatan Baylor, Dr. Peter Hotez menerusi Twitter mengingatkan semua pihak supaya tidak terpengaruh dengan kajian tersebut.

Katanya, kajian itu perlu diteliti pakar dari Pentadbiran Ubat dan Makanan (FDA). – AFP

POPULAR

KOSMO! TERKINI