China dakwa laporan penindasan etnik Uighur sebagai 'penipuan besar, rancangan jahat' - Utusan Malaysia

China dakwa laporan penindasan etnik Uighur sebagai ‘penipuan besar, rancangan jahat’

KEKEJAMAN pihak berkuasa China terhadap etnik Uighur mendapat perhatian masyarakat dunia. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Sebanyak 43 negara mendesak China ‘menghormati sepenuhnya’ penduduk etnik Uighur yang beragama Islam di wilayah Xinjiang.

Desakan itu disampaikan menerusi deklarasi kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam dan mendapat tentangan daripada China.

Deklarasi yang ditanda tangani oleh Amerika Syarikat (AS) serta sejumlah negara anggota dari Eropah dan Asia itu menuduh China melakukan penindasan dan mencabul hak kemanusiaan terhadap etnik Uighur, termasuk menyeksa dan melakukan pemandulan secara paksa.

“Kami menggesa China supaya membenarkan akses segera ke Xinjiang bagi membolehkan kumpulan pemantau bebas, termasuk Suruhanjaya Tinggi Kemanusiaan PBB melihat keadaan sebenar di Xinjiang.

“Kami amat bimbang dengan situasi di Xinjiang, ditambah dengan beberapa laporan yang mendedahkan tindakan kejam China terhadap penduduk etnik tersebut,” menurut kenyataan bersama 43 negara berkenaan.

Beijing sehingga kini berkeras menafikan semua dakwaan tersebut dan menyifatkan negara-negara yang mendesak itu sebagai ‘keterlaluan’.

Duta China ke PBB, Zhang Jun menyifatkan laporan yang menunjukkan Beijing menyeksa etnik Uighur sebagai ‘penipuan besar’ dan ‘rancangan untuk menjatuhkan China’.

“Xinjiang dan penduduknya menikmati semua pembangunan serta kemudahan yang disediakan,” katanya.

Zhang juga menyatakan, Washington, Paris, London juga mempunyai ‘rekod buruk’ dalam isu berkaitan hak asasi manusa, namun mengapa hal itu tidak didedahkan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya