fbpx

California lulus RUU tanggal kondom perlu dapat izin pasangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Negeri ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang melarang menanggalkan kondom secara rahsia tanpa izin pasangan ketika melakukan hubungan intim.

RUU itu termeterai selepas Gabenor California, Gavin Newsom menandatangani RUU tersebut sekali gus menjadikan California sebagai negeri pertama di Amerika Syarikat (AS) yang menerapkan undang-undang berkaitan penggunaan kondom tersebut.

Lapor CNN, undang-undang baharu itu sebagai peringatan menanggalkan kondom tanpa persetujuan pasangan diertikan sebagai serangan seksual.

Perbuatan itu dikatakan ‘memberikan kesan fizikal dan emosional dalam jangka masa panjang terhadap mangsa’.

Newsom yang sudah lama mendukung undang-undang tersebut menjelaskan pelaksanaan itu dibuat sebagai respon terhadap laporan serangan seksual yang kian meningkat.

Beliau turut berharap negeri lain di AS akan menerapkan undang-undang sama yang menjelaskan menanggalkan kondom secara diam-diam bukan hanya tidak bermoral bahkan melanggar undang-undang.

“Pemerkosaan adalah pemerkosaan. Surat nikah bukan alasan melakukan salah satu kejahatan paling kejam dan sadis dalam masyarakat,” katanya.

Peguam San Francisco, Chesa Boudin yang turut menyokong pelaksanaan RUU tersebut menjelaskan ia adalah bagi memastikan undang-undang melindungi semua mangsa serangan seksual.

“Saya menyokong Assembly Bill 1171 untuk memberikan perlindungan yang diperlukan bagi mangsa keganasan rumah tangga yang menderita akibat penderaan seksual dan individu perlu bertanggungjawab,” katanya.

POPULAR

KOSMO! TERKINI