JAKARTA BARAT: Seorang ibu dan bayi berusia empat bulan ditemukan dalam keadaan saling berpelukan selepas tertimbus dalam runtuhan di rumah mereka di Pegadungan, Jakarta Barat.
Ketua Polis Kalideres, Hasoloan Situmorang berkata, mangsa bernama Ita, 40 dan bayinya baru berusia empat bulan, lapor Suara.com.
Katanya, kedua-duanya maut tertimbus dalam posisi berpelukan ketika ditemukan pasukan penyelamat.
“Kejadian dipercayai berlaku ketika ibu dan anak itu sedang tidur.
“Pihak polis masih menyiasat punca kejadian walaupun ada yang mendakwa punca runtuhan itu disebabkan bangunan sudah usang,” jelasnya.