Anak bunuh bapa, ibu, kakak, tikam dengan pisau dapur - Utusan Malaysia

Anak bunuh bapa, ibu, kakak, tikam dengan pisau dapur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang anak berusia 30 tahun di Bantaeng, Sulawesi Selatan sanggup membunuh bapa, ibu dan kakaknya dengan menikam mangsa menggunakan pisau dapur.

CNN Indonesia melaporkan, kejadian berlaku ketika suspek duduk di ruang tamu, kemudian mengambil pisau dapur dan menikam mangsa.

Ekoran itu, ibu suspek, Sadia, 69; bapa, Baddu, 77, dan kakaknya, Sitti Saleha, 39, terbunuh akibat tikaman tersebut.

Ketua Daerah Bantaeng, Rahmat Sumengkar berkata, suspek ditahan berserta barang bukti berupa pisau dapur yang digunakannya menikam mangsa.

“Motif kejadian tidak diketahui kerana suspek didakwa mengalami gangguan mental,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.