Amah Indonesia didakwa beberapa tuduhan penyakit intai, rakam aksi mandi lelaki lanjut usia - Utusan Malaysia

Amah Indonesia didakwa beberapa tuduhan penyakit intai, rakam aksi mandi lelaki lanjut usia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah didakwa di mahkamah atas beberapa tuduhan penyakit intai kerana merakam seorang lelaki lanjut usia mandi di bilik air.

Berita Mediacorp melaporkan, warga Indonesia, Nurhalisah, dikenakan lebih 10 dakwaan penyakit intai melibatkan mangsa lemah dan sengaja menyebarkan sebuah rakaman intim.

Nurhalisah dituduh mengambil beberapa video ketika dia sedang memandikan mangsa antara Disember 2020 dengan Januari 2021.

Menurut kertas pertuduhan, dia berkongsi rakaman-rakaman tersebut dengan orang lain melalui WhatsApp sebanyak beberapa kali pada Februari 2020 dan sekali pada Mac 2020.

Pada 1 Jan 2021, Nurhalisah didakwa memuat naik rakaman intim melibatkan mangsa ke TikTok.

Nurhalisah memberitahu mahkamah dia tidak ingat tarikh mengedarkan rakaman tersebut dan mendakwa hanya melakukannya sekali.

“Saya ingin dapatkan bantuan guaman,” katanya.

Nurhalisah menambah, dia kini tinggal di agensi pembantu rumahnya dan perlu meminta izin agensi itu jika dia boleh diikat jamin.

Dia ditawarkan ikat jamin S$15,000 dan akan kembali ke mahkamah pada 27 Oktober.

Perintah mahkamah dikeluarkan untuk melindungi identiti mangsa. Ia dilanjutkan kepada tempat jenayah itu didakwa dilakukan.

Dalam satu kenyataan awal, polis menyatakan ia menerima satu aduan pada 3 Januari lalu tentang seorang wanita yang merakamkan dirinya sedang memandikan majikannya yang lanjut usia.

Bagi setiap tuduhan penyakit intai terhadap mangsa lemah, Nurhalisah boleh dipenjara sehingga empat tahun dan didenda.

Jika didapati bersalah mengedarkan rakaman intim melibatkan mangsa lemah, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda. Pesalah wanita, bagaimanapun tidak boleh dikenakan hukuman rotan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya