Albert Einstein pernah lihat lima mayat alien - Utusan Malaysia

Albert Einstein pernah lihat lima mayat alien

ALBERT Einstein
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pembantu kepada Albert Einstein mendakwa saintis terkemuka itu pernah dibawa ke lokasi insiden sebuah objek tidak dikenal pasti (UFO) yang terhempas di Roswell.

Lapor The Sun, menurut Dr. Shirley Wright, ahli fizik ikonik itu juga dibawa untuk melihat bedah siasat makhluk asing.

Wright mendakwa beliau menemani Einstein dalam satu lawatan rahsia ke padang pasir di New Mexico di Amerika Syarikat (AS).

Beliau memperincikan apa yang dilihat sepanjang lawatan tersebut dalam beberapa siri rakaman pita yang dibuat sebelum kematiannya 2015.

Rakaman pita itu didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Menurut Wright, UFO yang terhempas Julai 1947, kelihatan rosak pada satu bahagian.

“Ia berbentuk piring semacam cekung dan saiznya kira-kira satu perempat dari lantai hangar.

“Badan UFO itu seperti diperbuat daripada bahan agak reflektif namun ketika anda menghampirinya ia kelihatan sebam. Mereka tertanya-tanya apakah bahan itu,” katanya.

Beliau mendakwa ketika itu UFO tersebut dikelilingi oleh pegawai keselamatan, jurugambar dan pakar yang membuat kajian.

Wright mendakwa Einstein turut mengkaji `sistem pendorongan’ UFO terbabit.

Sementara itu, Wright memaklumkan beliau dan Einstein juga dibawa melihat lima mayat makhluk asing.

Katanya, Einstein juga menulis laporan mengenai perkara itu.

Tambah Wright, beliau diarahkan untuk tidak mendedahkan sebarang maklumat berhubung lawatan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya