10,000 kanak-kanak Yaman terbunuh sejak 2015 - Utusan Malaysia

10,000 kanak-kanak Yaman terbunuh sejak 2015

UNICEF memaklumkan empat dari lima kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan di Yaman.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekurang-kurangnya 10,000 kanak-kanak terbunuh atau mengalami kecederaan sejak 2015, susulan peperangan antara pemberontak Houthi yang didukung Iran terhadap kerajaan sah Yaman.

Jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder berkata, jumlah itu bersamaan empat kanak-kanak setiap hari dan masih terdapat mangsa lain yang tidak terkira.

“Empat dari lima kanak-kanak memerlukan bantuan kemanusiaan iaitu melebihi 11 juta kanak-kanak. Dalam masa sama, seramai 400,000 kanak-kanak menderita akibat kurang nutrisi, lebih dua juta berhenti sekolah serta empat juta lain berisiko tercicir dalam pembelajaran,” jelasnya.

Elder berkata, militan Houthi merekrut ribuan kanak-kanak dan memaksa mereka bertempur serta sering dihantar menjadi barisan hadapan semasa pertempuran baharu bermula sehingga menyaksikan angka kematian meningkat.

Oleh itu, beliau menggesa supaya peperangan dihentikan dan merayu suntikan dana bagi memastikan UNICEF dapat terus bergerak.

“UNICEF memerlukan lebih AS$235 juta (RM940 juta) untuk meneruskan kerja-kerja menyelamatkan nyawa manusia di Yaman sehingga pertengahan 2022.

“Jika tidak agensi itu terpaksa menghentikan bantuan asas kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa. Dana bantuan berada dalam kritikal. Sedangkan kita boleh mewujudkan kerjasama antara penyumbang dan menyelamatkan nyawa manusia.

“Namun begitu, sekalipun sokongan meningkat, peperangan mesti dihentikan segera. UNICEF tidak dapat membantu golongan kanak-kanak tersebut sekiranya situasi sama masih berlarutan,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Yaman.

Menurut Elder, krisis kemanusiaan di Yaman melibatkan empat ancaman iaitu konflik kegansan yang berlarutan, kehancuran ekonomi, perkhidmatan sistem sokongan yang musnah melibatkan kesihatan, pemakanan, air, sanitasi serta perlindungan.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya