WHO saran cukai alkohol digandakan, langkah cegah kematian akibat barah - Utusan Malaysia

WHO saran cukai alkohol digandakan, langkah cegah kematian akibat barah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan cukai alkohol dinaikkan berkali ganda di Eropah sebagai langkah mencegah hampir 5,000 kematian akibat barah setiap tahun.

“Meningkatkan cukai ke atas minuman beralkohol adalah ‘salah satu langkah terbaik’ untuk mencegah barah,” jelas WHO sambil mengarahkan saranan itu kepada Rusia dan United Kingdom (UK).

Pengambilan minuman beralkohol dikaitkan dengan pelbagai penyakit termasuk barah payudara, jelas WHO.

Menurut WHO, cukai alkohol ketika ini masih rendah di banyak negara di Eropah.

Rusia, UK dan Jerman mampu ‘menyelamatkan’ banyak nyawa dengan menggandakan cukai berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN