Tentera Perancis bunuh pemimpin Daesh sangat dikehendaki  - Utusan Malaysia

Tentera Perancis bunuh pemimpin Daesh sangat dikehendaki 

TENTERA Perancis di Sahel mendakwa berjaya membunuh Adnan Abu Walid Al-Sahrawi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Tentera Perancis mendakwa membunuh pemimpin kumpulan Daesh di Gurun Sahara yang sangat dikehendaki kerana melakukan serangan terhadap tentera AS dan petugas bantuan Perancis.

Berita kematian Adnan Abu Walid Al-Sahrawi dimuat naik Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam Twitter rasminya tanpa memberitahu lebih lanjut lokasi serangan tersebut.

“Ini adalah kejayaan terbesar dalam usaha kita memerangi keganasan di Sahel,” ciapnya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Florence Parly berkata, pemimpin Daesh itu maut selepas terkena serangan tentera Perancis yang bertempur dengan kumpulan militan tersebut.

Adnan didakwa dalang di sebalik serangan petugas bantuan Perancis pada 2020 dan sangat dikehendaki oleh AS berhubung serangan maut di Niger pada 2017.

AS sebelum ini pernah menawarkan ganjaran sebanyak RM5.5 juta sekiranya mempunyai maklumat mengenai Adnan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.