Taliban tak benarkan wanita bersukan terdedah aurat - Utusan Malaysia

Taliban tak benarkan wanita bersukan terdedah aurat

WANITA tidak dibenarkan bersukan di Afghanistan yang mendedahkan aurat golongan itu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Kerajaan sementara Taliban yang dibentuk Selasa lalu akan melarang golongan wanita menyertai sukan terutamanya melibatkan sukan kriket.

Larangan itu dimaklumkan oleh Jurucakap Taliban, Ahmadullah Wasiq kepada SBS TV Australia.

“Dalam sukan kriket, mereka akan berdepan kemungkinan muka dan badan tidak ditutup, sedangkan Islam tidak membenarkan golongan wanita seperti itu.

“Dalam zaman media sekarang, gambar dan rakaman video akan tersebar di merata-rata dan orang ramai akan melihatnya.

“Negara ini tidak membenarkan wanita bermain kriket atau apa sahaja sukan yang menyebabkan mereka mendedahkan aurat,” katanya.

Bulan lalu, Ahmadullah memberitahu SBS, Taliban akan membenarkan pasukan kriket lelaki kebangsaan menghadiri perlawanan di Australia, November depan.

Sementara itu, Menteri Sukan Australia, Richard Colbeck menyelar keputusan Taliban dan melahirkan kebimbangan terhadap sukan melibatkan golongan wanita di Afghanistan.

Beliau menggesa organisasi seperti Jawatankuasa Kriket Antarabangsa (ICC) mengambil tindakan.

“Menghalang wanita daripada menyertai sukan dalam apa peringkat sekalipun tidak boleh diterima.

“Kami menggesa pihak berkuasa sukan antarabangsa termasuk ICC mengambil pendirian menentang peraturan itu,” tegasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN