Suspek ‘meluap-luap’ rancang serangan - Utusan Malaysia

Suspek ‘meluap-luap’ rancang serangan

RAKAMAN video menunjukkan suspek dan pelajar lain terjun dari bangunan universiti. – MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang pensyarah di Perm State University di barat Siberia memaklumkan dia melihat ramai pelajar berlari meninggalkan kampus serta ada yang sanggup terjun dari tingkat dua bangunan bagi menyelamatkan diri.

Prof. Ivan Pechishcev yang sedang menuju ke kelas ketika itu turut terdengar jeritan pelajar memberitahu berlaku tembakan di kawasan kampus.

“Saya terdengar bunyi letupan. Disebabkan itu, semua orang lari bertempiaran. Saya segera berjumpa pelajar di ba­ngunan ke­dua dan masih terdengar bunyi letupan,” katanya kepada BBC.

Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan lebih 10 yang lain cedera selepas seorang pelajar melepaskan tembakan rambang di universiti tersebut.

Suspek dikenal pasti sebagai Timur Bekmansurov, 18, berdasarkan saluran Baza Telegram, lapor The Moscow Times.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, suspek merupakan pelajar universiti itu dan sudah diberkas.

Pechishcev menambah, pihak keselamatan menutup semua laluan masuk universiti.

Pihak universiti turut menggesa semua pelajar supaya kekal berada di dalam kawasan kampus.

Rakaman video menunjukkan penyerang berpakaian serba hitam dan memakai topi keledar lengkap bersenjata berjalan memasuki kampus.

Media tempatan melaporkan, satu hantaran media sosial yang belum disahkan mengenai rancangan suspek dan motif serangan itu.

“Apa yang berlaku bukan serangan pengganas. Saya bukan anggota organisasi ekstremis, saya tidak menganut sebarang agama dan politik,” tulis hantaran itu.

Hantaran sama mendakwa suspek ‘meluap-luap dengan perasaan benci’ dan dia merancang serangan itu sejak sekian lama selepas mengumpul duit membeli senjata api.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN