Semakin ramai rakyat Singapura menganggur - Utusan Malaysia

Semakin ramai rakyat Singapura menganggur

PEKERJA membersihkan kubah Esplanade Theatre di Singapura. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Kadar pengangguran di negara ini menyaksikan peningkatan sebanyak 2.8 peratus Julai lalu, iaitu pertambahan sebanyak 0.1 peratus berbanding bulan sebelumnya berdasarkan data yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia hari ini.

Pihak kementerian memaklumkan, peningkatan itu disebabkan ‘tuntutan tenaga kerja ditangguhkan’ dalam beberapa sektor semasa Fasa Kedua dari 16 Mei hingga 13 Jun lalu, lapor CNA.

Kadar pengangguran dalam kalangan penduduk meningkat dari 3.5 kepada 3.7 peratus, sementara, kadar pengangguran bagi warganegara melonjak dari 3.7 kepada 3.9 peratus.

Angka itu melibatkan seramai 87,300 penduduk termasuk 77,200 warganegara Julai lalu.

“Bagaimanapun, rekod pada Julai itu masih rendah berbanding Mei,” kata kementerian.

Menteri Sumber Manusia, Tan See Leng berkata, peningkatan tersebut turut didorong oleh perintah sekatan Covid-19 lebih ketat semasa Fasa Kedua yang menyebabkan bekalan sumber manusia terjejas dalam sektor makanan dan minuman serta peruncitan.

“Ketika Singapura bergerak menjadi sebuah negara yang mempunyai daya tahan terhadap Covid-19, beberapa langkah kehadapan diambil bagi membolehkan sektor ekonomi dibuka semula.

“Langkah itu akan membantu memenuhi tuntutan pekerjaan dan membolehkan pasaran buruh kembali pulih,” jelasnya.

Dalam masa sama, See Leng memberi galakan kepada syarikat terus berinovasi dan mengkaji semula operasi perniagaan bagi memenuhi tuntutan perubahan ekonomi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN