Selepas lama diam diri, Korea Utara mula ‘buat hal’ - Utusan Malaysia

Selepas lama diam diri, Korea Utara mula ‘buat hal’

PELURU berpandu dilancarkan Pyongyang meluncur sejauh 1,496 kilometer sebelum mencapai sasaran dan jatuh ke kawasan perairan negara semasa ujian. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara dilaporkan berjaya melancarkan ujian peluru berpandu jarak jauh pada hujung minggu lalu.

Lapor media tempatan, KCNA, peluru berpandu itu meluncur sejauh 1,496 kilometer (km) sebelum mencapai sasaran dan jatuh ke kawasan perairan negara semasa ujian pelancaran diadakan pada Sabtu dan Ahad lalu.

Jelas stesen penyiar itu, pemimpin Korea Utara yakin peluru berpandu berkenaan akan bertindak sebagai kaedah pencegahan berkesan dan membantu mengekang usaha ketenteraan pihak musuh.

Ujian pelancaran peluru berpandu itu berlaku di tengah-tengah kemelut berlarutan dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai isu senjata nuklear.

Dilaporkan, ujian pelancaran peluru berpandu itu diadakan pada hujung minggu ketika AS memperingati ulang tahun ke-20 insiden serangan 11 September.

Korea Utara yang dipimpin oleh Kim Jong-un sebelum ini mendakwa AS dan Korea Selatan mengamalkan ‘dasar bermusuhan’ terhadap Pyongyang.

Rundingan berkaitan program senjata nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara sebagai balasan kepada pelepasan sekatan dikenakan oleh AS, tertangguh sejak 2019.

Dilaporkan, wakil khas AS bagi Korea Utara akan ke Tokyo pada minggu depan untuk me­ngadakan perbincangan dengan rakan sejawat dari Korea Selatan dan Jepun mengenai senjata nuklear negara ini dan isu berbangkit lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN