‘Poket’ WFP menyusut: 16 juta penduduk Yaman berdepan kebuluran - Utusan Malaysia

‘Poket’ WFP menyusut: 16 juta penduduk Yaman berdepan kebuluran

SEORANG kanak-kanak lelaki menerima bantuan kemanusiaan disumbangkan Program Makanan Sedunia (WFP) di Taez, Yaman. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Seramai 16 juta penduduk di Yaman ‘bakal berdepan mimpi ngeri’ iaitu kebuluran ekoran catuan makanan bermula bulan depan oleh Program Makanan Sedunia (WFP),

Ketuanya, David Beasley berkata, ini kerana badan dunia itu kekurangan dana untuk menampung program makanan di negara yang bertahun-tahun dibelenggu konflik ini.

Menurut beliau, dana WFP semakin menyusut dan tanpa dana baharu, catuan makanan akan dilakukan melibatkan 3.2 juta penduduk pada bulan depan dan seterusnya lima juta penduduk menjelang Disember ini.

Jelasnya, keadaan akan bertambah teruk selepas itu jika tiada dana baharu dimasukkan bagi membantu penduduk Yaman.

“Paling penting di Yaman adalah, tamatkan perang dan kon­flik bersenjata. Jika pe­nyumbang kepada program makanan dige­rakkan WFP ‘sudah penat’ (menyumbang), jalan terbaik adalah tamatkan perang ini.

“Pemimpin dunia perlu bersama menamatkan penderitaan penduduk Yaman, berlakunya krisis matawang dan harga makanan pula meningkat,” katanya seperti dilaporkan Associated Press.

Beasley berkata, penduduk Yaman tidak memiliki kemampuan untuk mengatasi apa yang berlarutan berlaku di negara ini.

“Ramai yang tiada duit nak beli barang keperluan. Ini amat menyayat hati,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Ta­bung Darurat Kanak-Kanak Per­tubuhan Bangsa-Bangsa Bersa­tu (UNICEF), Henrietta Fore berkata, 11.3 juta kanak-kanak Yaman memerlukan bantuan kemanusiaan untuk kelangsu­ngan hidup.

“Seramai 2.3 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun me­ngalami kekurangan zat dan hampir 400,000 daripada mereka menderita kekurangan zat makanan akut yang berisiko mati.

“Di negara ini, seorang kanak-kanak meninggal dunia setiap 10 minit kerana kekurangan zat makanan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya