Lelaki matang tidak ambil pusing status janda - Ungku Ismail - Utusan Malaysia

Lelaki matang tidak ambil pusing status janda – Ungku Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ungku Ismail menegaskan bahawa status janda atau sudah memiliki anak bukanlah menjadi sebab seseorang wanita ditolak dalam hubungan.

Ungku Ismail atau Ungku Ismail Aziz, 41, berkata, lelaki yang matang tidak mengambil kira status wanita sama ada dia janda ataupun tidak.

“Dia cuma tidak mahukan awak. Mungkin dia belum bersedia untuk berkahwin atau awak ada sifat yang dia tidak suka. Itu sahaja.

“Lelaki sebenar tidak ambil pusing janda ataupun tidak,” katanya menerusi satu hantaran komen di Threads.

Menurut Ungku yang juga merupakan suami kepada pelakon Nad Zainal, apabila lelaki itu sudah matang, dia tidak akan terlalu mempersoalkan status seseorang wanita.

“Tanya budak sekolah memang dia inginkan anak dara dan sebagainya. Tetapi apabila dia sudah matang, dia akan sedar.

Tambahnya, apa yang lebih penting adalah sikap dan kemampuan membina keluarga bersama pasangan.

“Perempuan kalau boleh akur dan taat untuk dia berdiri sebagai ketua keluarga, maka dia akan terima.

“Cantik, dara atau seksi sekali pun, kalau selepas berkahwin keras kepala, degil dan melawan cakap ia tetap tidak memberi makna,” katanya.

Dalam masa sama, Ungku meminta masyarakat menghentikan stigma terhadap golongan janda dan balu.

“Lepaskan stigma masyarakat terhadap janda atau balu ini tidak laku dan sebagainya.

“Anak dara pun perlu bersiap lawa-lawa untuk tarik perhatian lelaki yang baik. Tiada bezanya,” jelasnya.

Baru-baru ini, tular di Threads tentang kisah seorang wanita yang mendakwa dirinya tidak diterima oleh lelaki pilihannya itu kerana individu tersebut mengakui belum sedia untuk menjadi bapa tiri.

Susulan itu, Ungku Ismail meninggalkan komen yang membidas stigma masyarakat terhadap status janda mahupun balu.

Terdahulu, Ungku Ismail telah berkahwin dengan Nad Zainal pada 23 Januari 2023 setelah bercerai dengan bekas suaminya iaitu Muhammad Faliq Amirrudin pada September 2022. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN