Lelaki maut traktor terbabas dan terjunam ke lereng bukit

Lelaki maut traktor terbabas dan terjunam ke lereng bukit

SEORANG lelaki maut selepas traktor yang dipandunya terbabas dan terjunam ke lereng berhampiran Tanah Perkuburan Cina Teluk Bahang, Jalan Teluk Bahang, Pulau Pinang. - IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Seorang lelaki maut selepas traktor yang dipandunya terbabas dan terjunam ke lereng bukit ketika sedang menjalankan kerja-kerja pertanian berhampiran Tanah Perkuburan Cina Teluk Bahang, Jalan Teluk Bahang di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 tengah hari itu, mangsa, Hor Beng Koon, 49, ditemukan tersepit di dalam traktor tersebut selepas kenderaan terbabit terjunam ke lereng bukit sedalam kira-kira 15 meter.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut, pihaknya menggerakkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Bahang ke lokasi.

Katanya, sebaik sahaja tiba di situ, komander operasi segera melakukan penilaian awal sebelum menjalankan operasi menyelamatkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas.

“Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 2.16 petang, namun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas KKM (Kementerian Kesihatan) yang berada di situ,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah beliau, operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 3.11 petang dan mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan KKM untuk tindakan lanjut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN