Peserta protes bersurai selepas polis tembak gas pemedih mata - Utusan Malaysia

Peserta protes bersurai selepas polis tembak gas pemedih mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE: Pihak polis terpaksa melepaskan gas pemedih mata dan tembakan ke arah penunjuk perasaan bagi menyuraikan mereka yang berhimpun di bangunan Shrine of Remembrance.

Kira-kira seribu orang menyertai protes yang memasuki hari ketiga di bandar itu, lapor The Age.

Berpuluh-puluh peserta protes kemudian berhimpun di kawasan taman yang terletak di tepi bangunan memorial perang itu sambil melaungkan ‘setiap hari’ untuk menunjukkan mereka akan kembali melakukan protes.

Polis kemudian mengikut rapat peserta protes dan melepaskan tembakan disebabkan mereka berpatah balik ke kawasan bandar.

Siaran langsung Facebook menunjukkan sebuah kereta merempuh sebuah trem ketika penunjuk perasaan membanjiri jalan-jalan di bandar.

Dalam pada itu, polis Victoria membatalkan larangan terhadap media yang menggunakan helikopter untuk membuat liputan protes.

Lebih 60 orang ditangkap semalam selepas lebih 2,000 penunjuk perasaan merosakkan harta benda, menghalang jalan raya serta mencederakan tiga anggota polis selepas tapak pembinaan ditutup selama dua minggu untuk mengatasi jangkitan wabak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN