Penjual tauhu bercita-cita buka sekolah percuma - Utusan Malaysia

Penjual tauhu bercita-cita buka sekolah percuma

RUDIAT membawa barangan jualannya berupa tauhu dan buku untuk dipinjamkan kepada pelanggan. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Setiap hari sekitar pukul 6 pagi, Rudiat dari perkampungan Pasirhuni, Jawa Barat sudah mula sibuk menyusun buku-buku.

Channel News Asia melapor­kan, penjual tauhu itu mema­sukkan buku tersebut ke dalam dua kotak di bahagian belakang motosikalnya manakala satu kotak lagi berisi bungkusan tauhu.

Menjual tauhu merupakan sumber pendapatan utama Rudiat selama berpuluh tahun ini.

Namun di sini lain, beliau mempunyai cita-cita besar iaitu menurunkan kadar buta huruf di perkampungannya.

Apa yang dilakukan Rudiat adalah setiap kali berjualan dari rumah ke rumah, pemuda berusia 43 tahun itu akan meminjamkan buku-buku kepada pembeli.

“Saya bawakan buku yang sesuai dengan kehidupan mereka. Kalau pembeli adalah seorang penternak, saya berikan buku berkaitan ilmu penternakan. Kalau pelanggan saya ‘emak-emak’, saya pinjamkan buku panduan mengasuh anak,” katanya.

Walaupun mendapat keuntu­ngan sekitar 1.5 juta rupiah setiap bulan, Rudiat akan mengasingkan 2.5 peratus daripada pendapatannya untuk membeli buku.

Rudiat kini memiliki 3,500 buku sejak mula bekerja 25 tahun lalu.

Bermula daripada inisiatif kecil-kecilan, Rudiat semakin menempa nama sehinggakan ada pelanggan yang membuat tempahan awal jenis buku yang mereka mahukan sebelum lelaki itu berjualan di kampung mereka keesokan harinya.

Rudiat dibesarkan oleh ibunya, seorang ibu tunggal yang bekerja kampung. Selepas lulus kelas empat, Rudiat terpaksa melupakan hasrat meneruskan persekolahan kerana faktor ekonomi.

“Anak-anak di kampung dulu sering mengejek saya. Mereka kata, ‘eh anak enggak sekolah’,” katanya.

Semua itu tak membuatkan Rudiat berkecil hati malah nekad memastikan orang lain tidak menerima nasib sepertinya dengan usahanya ketika ini.

Pada 2017, Rudiat mendapat kejutan diundang ke Istana Negara di Jakarta untuk ikut me­rayakan Hari Pendidikan Nasional bersama Presiden Joko Widodo.

Kini Rudiat berani untuk bermimpi lebih tinggi.

“Saya mahu membuka sekolah secara percuma,” tegas­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN