Penerbangan tertangguh 10 minit kerana kura-kura - Utusan Malaysia

Penerbangan tertangguh 10 minit kerana kura-kura

PESAWAT All Nippon Airways berlepas selepas landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita dibuka semula. - MAINICHI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebanyak lima penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita terpaksa ditangguhkan selama hampir 10 minit kerana seekor kura-kura melintas landasan tersebut.

Lapor Japan Today, kejadian berlaku di Landasan A lapangan terbang yang terletak di wilayah Chiba, Jepun kira-kira 11.20 pagi (waktu tempatan).

Haiwan itu menyebabkan lima pesawat berlepas lewat termasuk penerbangan All Nippon Airways.

“Saya mendapat maklumat seekor kura-kura mengganggu landasan yang mana kita akan berlepas, jadi kita akan berhenti seketika,” kata seorang juruterbang All Nippon Airways.

Dilaporkan, pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita menutup landasan tersebut dan memindahkan kura-kura itu ke tempat selamat. 

Menurut pihak pengurusan, kura-kura itu sepanjang 30 sentimeter (cm) dengan berat 2.1 kilogram (kg).

“Di Hawaii, kura-kura dianggap membawa tuah dan kami berharap haiwan tersebut yang datang melihat pesawat ini memberi isyarat masa depan cerah,” jelas All Nippon Airways menerusi satu kenyataan kepada The Mainichi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya