Pelajar berpakaian taktikal, helmet lepaskan tembakan, 8 terbunuh - Utusan Malaysia

Pelajar berpakaian taktikal, helmet lepaskan tembakan, 8 terbunuh

SERANGAN di Perm State Universiti di Rusia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang pelajar bertindak melepaskan tembakan di sebuah universiti di Siberia, menyebabkan sekurang-kurangnya lapan terbunuh, jelas penyiasat.

Kejadian itu merupakan yang kedua melibatkan premis pendidikan, tahun ini.

Jawatankuasa siasatan berkata, beberapa orang cedera dalam serangan di Perm State University dan suspek yang turut cedera ditahan.

Rakaman video yang tular di laman media sosial menunjukkan pelajar terpaksa terjun dari tingkat dua bangunan universiti bagi menyelamatkan diri.

Media tempatan menyiarkan rakaman amatur menunjukkan suspek mengenakan pakaian taktikal berwarna hitam termasuk helmet sambil membawa senjata dan berlegar-legar di dalam kampus. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN