MOSCOW: Parti pimpinan Presiden Vladimir Putin, United Russia, meraih kemenangan besar dalam Pilihanraya Parlimen dan Wilayah.
The Moscow Times melaporkan, menurut Interfax, Andrei Turchak, Setiausaha Agung United Russia berkata, parti itu memperoleh 315 kerusi daripada 450 kerusi Parlimen.
Terdahulu AFP melaporkan, Putin mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas kepercayaan yang diberikan selepas United Russia menang dalam pilihan raya berkenaan.
“Kepada rakyat, terima kasih atas kepercayaan kalian,” katanya.










