Mikroplastik dalam perut bayi tinggi - Utusan Malaysia

Mikroplastik dalam perut bayi tinggi

BAYI yang merangkak di permaidani boleh terdedah kepada mikroplastik. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Satu kajian dijalankan Fakulti Perubatan, New York University me­nemukan mikroplastik dalam najis bayi, 10 kali lebih tinggi berbanding orang dewasa.

Kajian itu diterbitkan dalam American Chemical Society’s Environmental Science & Technology Letters, lapor Daily Mail.

Penyelidik mendapati kan­dungan mikroplastik yang dikenali sebagai polyethylene terephthalate (PET) lebih tinggi berbanding najis dewasa dan kanak-kanak, disebabkan bayi terdedah dengan produk permainan serta merangkak di permaidani yang mengan­dungi bahan kimia.

Mikroplastik adalah kepi­ngan plastik atau partikel plastik lebih kecil daripada saiz lima milimeter yang boleh didapati di lautan dalam, debu di dalam rumah, makanan dan air botol minuman.

Zarah-zarah kecil itu biasanya sukar dilihat dengan mata kasar.

Setakat ini, penyelidik belum jelas mengenai kesan kesihatan jangka panjang yang disebabkan oleh pendedahan mikroplastik.

Bagaimanapun, penyelidikan sebelum ini mendapati pendedahan kepingan plastik itu boleh menyebabkan kematian sel, keradangan dan gangguan metabolisme.

Sebelum ini, partikel plastik yang boleh memasuki anggota badan dianggap tidak berbahaya.

Namun, kajian terkini mengesahkan serat terkecil dapat melintasi membran sel dan memasuki peredaran tubuh badan.

Prof. Kurunthachalam Kan­nan yang mengetuai kajian itu menjelaskan, walaupun tahap mikroplastik kebanyakannya sama se­perti orang dewasa dan bayi, penyelidikan terhadap najis bayi rata-ratanya mengan­dungi kepekatan PET 10 kali lebih tinggi daripada orang dewasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya