Mata budak dicungkil selepas dengar suara ghaib - Utusan Malaysia

Mata budak dicungkil selepas dengar suara ghaib

MANGSA menjalani rawatan di Hospital Umum Daerah Syeikh Yusuf, Gowa, Sulawesi Selatan dengan keadaan mata tercungkil.-KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI SELATAN: Akibat mengamalkan kepercayaan ilmu hitam, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun menjadi mangsa kekejaman keluarga sendiri di sebuah rumah di Malino, Gowa. 

Lapor Kompas.com, bapa saudara mangsa, Bayu, 34, berkata, dia terdengar mangsa menangis ketika pulang dari tanah perkuburan dan duduk di depan rumah mangsa. 

Katanya, dia terkejut apabila mendapati mata kanan mangsa dicungkil oleh ibu dan bapanya, sementara, abang dan neneknya memegang tangan serta kaki mangsa. 

“Tiba-tiba, saya terdengar teriakan anak kecil menangis dan terus masuk ke dalam rumah.

“Saya terus menyelamatkan mangsa ketika melihat kejadian tersebut,” katanya. 

Menurut Bayu, ibu mangsa kerap terdengar bisikan ghaib dan sering melakukan ritual aneh pada malam tertentu di rumah tersebut. 

“Di rumah itu memang mereka sering mengamalkan ritual aneh seperti ilmu hitam dan kerap berhalusinasi,” jelasnya. 

Pihak polis mengesahkan kejadian tersebut dan berjaya menahan lima suspek dan dua daripadanya menjalani pemeriksaan di Rumah Sakit Jiwa Dadi Makassar. 

Katanya, kejadian tersebut merupakan keganasan dalam rumah tangga terhadap anak di bawah umur. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN