Masuk Brunei secara haram dari Sarawak, tertuduh dihukum penjara, sebatan - Utusan Malaysia

Masuk Brunei secara haram dari Sarawak, tertuduh dihukum penjara, sebatan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara lapan bulan dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan masuk ke negara ini secara haram.

Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen Bab 17 di hadapan Majistret Kanan, Ervy Sufitriana Abdul Rahman.

Pelita Brunei melaporkan, Sabtu Baha (tertuduh), 43, berkahwin dengan warga tempatan dan mempunyai empat orang anak dan tinggal di Kampung Menunggol.

Mengikut dakwaan kes, pada 12 Julai 2021, kira-kira jam 7.30 pagi, operasi bergabung yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan dari Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) ke atas sebuah rumah di Kampung Menunggol Laut, Mukim Kota Batu.

Operasi mendapati tertuduh tinggal bersama isterinya di rumah yang sama di alamat tersebut. Tertuduh diminta untuk mengemukakan dokumen perjalanannya, namun, setelah diperiksa dokumen perjalanannya, beliau didapati tidak memiliki pas imigresen yang sah dan disyaki masuk secara haram ke Brunei.

Oleh itu, tertuduh bersama isterinya kemudian ditahan untuk siasatan lanjut. Keduanya kemudian dibawa ke Perkampungan Sukan untuk menjalani 14 hari pengasingan diri mandatori dan kemudian dibebaskan pada 27 Julai 2021.

Hasil siasatan JIPK mendapati, tertuduh kali terakhir masuk ke Brunei pada April 2021 menaiki kapal dari Limbang, Sarawak tanpa melapor kepada Pos Kawalan Imigresen dan Pegawai Imigresen bertugas.

Tertuduh telah tinggal bersama isterinya di rumah tersebut bersama-sama dengan anak-anak beliau sejak April 2021.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor ‘Adliatul Hidayah Mohd. Zaidi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya