MOSCOW: Dua pegawai polis dan tiga yang lain terbunuh dalam insiden tembakan di Almaty, Kazakhstan hari ini, kata pegawai dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita Rusia.
Menurut kenyataan polis, seorang lelaki yang diberi notis pengusiran bertindak melepaskan tembakan rambang.
Individu tidak dikenali itu menembak dua polis dan tiga yang lain sebelum ditahan.
Polis tidak mendedahkan identiti individu berkenaan dan cuma memberitahu suspek dilahirkan pada 1967.
Kejadian berlaku pada pukul 5 petang waktu tempatan di Akbulak, Almaty. – AFP










