Lelaki maut `disedut' mesin pengisar daging - Utusan Malaysia

Lelaki maut `disedut’ mesin pengisar daging

RODRIGO Roa Alvarez - NEWS FLASH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki di Brazil maut akibat tersepit dalam mesin pengisar daging yang digunakan untuk membuat daging burger.

Lapor The Sun, Rodrigo Roa Alvarez, 37, meninggal dunia ketika cuba membaiki mesin pengisar daging itu di sebuah rumah sembelihan di bandar Dourados di Brazil, Ahad lalu.

Menurut polis, Alvarez yang merupakan juruteknik, sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan terakhir sebelum penyelia keselamatan menyedari kejadian tersebut dan memaklumkan kepada pasukan kecemasan.

Dilaporkan, mangsa ditarik ke dalam mesin pengisar daging itu sehingga separuh badannya hilang.

Bapa kepada tiga anak itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, JBS Seara Alimentos mengesahkan insiden kematian seorang pekerjanya di kemudahannya di Dourados.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang ketika ini menerima sokongan diperlukan.

“JBS akan memberi kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat diperlukan yang dapat membantu menjelaskan kejadian itu,” jelas syarikat itu menerusi kenyataan.

Menurut polis, siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN