Lebih 20 tentera Myanmar maut berhampiran sempadan China - Utusan Malaysia

Lebih 20 tentera Myanmar maut berhampiran sempadan China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Kumpulan pemberontak etnik Myanmar dilaporkan membunuh sekurang-kurangnya 23 tentera kerajaan sejak beberapa hari lalu satu pertempuran berhampiran sempadan China.

Seorang jurucakap kumpulan itu mengesahkan perkara tersebut semalam

Ia merupakan pertempuran terbaharu yang mungkin membimbangkan negara jiran, Beijing.

Myanmar dilanda konflik sejak rampasan kuasa tentera pada Februari lalu sehingga mencetuskan protes prodemokrasi secara besar-besaran, tindakan kekerasan dan pertempuran baharu di kawasan sempadan etnik.

Menurut jurucakap kumpulan dan media tempatan, pertempuran berlaku di Mongko di wilayah Shan pada 28 Ogos lalu ketika pasukan tentera suba merampas sebuah pangkalan dari Tentera Perikatan Nasional Demokratik Myanmar (MNDAA).

“Mereka cuba merampas pangkalan kami. Mereka cedera teruk dan kami menunggu di puncak gunung manakala mereka berada di bawah.

“Kami menembak mereka ketika mereka datang,” kata jurucakap MNDAA yang enggan mendedahkan identitinya kepada AFP.

Jelasnya, seramai 15 tentera terbunuh pada 28 Ogos lalu dan lapan lagi dalam pertempuran baharu pada 1 September.

Katanya, seorang pejuang MNDAA turut terbunuh.

Isnin lalu, tentera memaklumkan seorang pegawai dan sejumlah anggota dari pangkat lain terbunuh dalam pertempuran dengan MNDAA di Mongko pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun, pihak tentera tidak memberi respon ketika ditanya mengenai pertempuran yang didakwa berlaku sebelumnya.

Myanmar mempunyai lebih 20 kumpulan pemberontak etnik, yang majoritinya menguasai kawasan di wilayah sempadan negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN