Kes varian Delta paling banyak di Indonesia - Utusan Malaysia

Kes varian Delta paling banyak di Indonesia

PETUGAS kesihatan melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap seorang penduduk di Aceh pada Julai lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Badan Penelitian dan Perkembangan Kementerian Kesihatan Indonesia mendapati kes varian Delta paling banyak dilaporkan di negara ini berbanding virus Covid-19 varian lain. 

Berdasarkan laporan data 27 Ogos lalu yang dimuat naik agensi itu pada hari ini, sebanyak 2,229 kes varian Delta dikesan di Indonesia.

Lapor CNN Indonesia, varian Delta di negara ini meningkat sebanyak 132 kes dalam tempoh dua hari sahaja.

Menurut agensi itu, kes varian Delta dikesan di hampir seluruh wilayah di Indonesia kecuali Sulawesi Barat.

“Pihak kami sudah memeriksa 23 spesimen di Sulawesi Barat namun setakat ini belum mengenal pasti varian Delta,” jelas agensi itu.

Berdasarkan laporan data itu, setakat 25 Ogos lalu, sebanyak 2,097 kes varian Delta direkodkan di Indonesia.

Jelas laporan itu, varian Delta dikesan masih menular di 31 wilayah di negara ini. 

Menurut Kementerian Kesihatan, varian Delta lebih pantas menular iaitu enam hingga lapan kali ganda berbanding varian virus Covid-19 yang lain.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 64 kes varian Alfa B117 dan 17 kes varian Belta B1351 di Indonesia.

Secara keseluruhannya, kesemua kes tersebut dikesan berdasarkan ujian Whole Genome Sequence (WGS) yang dijalankan terhadap 5,776 spesimen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya