Jin positif Covid-19  - Utusan Malaysia

Jin positif Covid-19 

JIN JIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Salah seorang anggota kumpulan Astro, Jin Jin disahkan positif Covid-19 seperti dimaklumkan oleh pihak agensi, Fantagio Entertainment.

Artis lelaki itu dilaporkan berasa tidak sedap badan 16 September lalu.

“Dia membuat ujian calitan PCR Covid-19 sebagai langkah berjaga-jaga. Keputusan yang diterima adalah negatif.

“Namun, dua hari selepas itu, keadaan Jin Jin semakin membimbangkan sehingga dia membuat ujian calitan sekali lagi, 18 September lalu,” kata pihak pengurusan.

Jin Jin disahkan positif Covid-19 semalam dan menjalani kuarantin kendiri berdasarkan arahan kerajaan sebelum ini.

Disebabkan kejadian itu, pihak pengurusan membuat permohonan maaf dan berjanji akan menjaga artis mereka supaya segera pulih. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN