Israel tahan 4 daripada 6 tahanan Palestin lolos dari penjara - Utusan Malaysia

Israel tahan 4 daripada 6 tahanan Palestin lolos dari penjara

ANGGOTA keselamatan membuat sekatan jalan raya di bandar Afula, utara Israel selepas tahanan Palestin meloloskan diri dari Penjara Gilboa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Polis menahan empat daripada enam tahanan Palestin yang berjaya meloloskan diri dari sebuah penjara kawalan ketat Israel.

Menurut polis, dua tahanan Palestin itu ditahan di Gunung Precipice di bandar Nazareth, utara Israel, kelmarin.

Berdasarkan laporan media Israel, polis mendapat maklumat mengenai tahanan itu daripada penduduk tempatan yang melihat lelaki berkenaan meminta makanan.

Rakaman video yang dimuat naik di laman media sosial menunjukkan anggota keselamatan Israel menahan dan membawa tahanan tersebut dalam dua kenderaan polis yang berasingan.   

Seorang jurucakap polis berkata, dua lelaki tersebut tidak melawan ketika ditahan.

Menurut tentera Israel, beberapa jam selepas penahanan itu, roket dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke selatan Israel.

Bagaimanapun, ia berjaya dipintas menerusi sistem pertahanan peluru berpandu Israel, Iron Dome.

Sementara itu, polis Israel berkata, dua lagi tahanan Palestin ditahan semalam selepas mereka ditemukan bersembunyi di tempat parkir lori.

Sebelum ini, Israel memburu enam tahanan Palestin yang meloloskan diri dari Penjara Gilboa dengan menggali terowong di bawah singki pada Isnin lalu. 

Menurut pihak berkuasa Israel, enam tahanan yang melarikan diri merupakan individu sama ada disabitkan atau disyaki merancang untuk melancarkan serangan terhadap Israel. – REUTERS/ AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN