Hibatullah Akhundzada bakal jadi pemimpin tertinggi Afghanistan - Utusan Malaysia

Hibatullah Akhundzada bakal jadi pemimpin tertinggi Afghanistan

HIBATULLAH AKHUNDZADA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada bakal menjadi pemimpin tertinggi di Afghanistan, menyaksikan presiden atau perdana menteri akan mentadbir negara ini dibawah pimpinannya.

Hal itu disampaikan oleh jurucakap Taliban, Anamullah Samangani seperti yang dilaporkan oleh media Afgahnistan, ToloNews.

Kumpulan itu memberitahu, perbincangan mengenai pembentukan Kabinet kerajaan baharu sudah selesai dan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Rundingan serta perbincangan yang dilakukan semakin hampir ke penamat.

“Pentadbiran kerajaan Islam yang bakal kami umumkan akan menjadi model untuk seluruh rakyat Afghanistan selepas ini,” katanya.

Anamullah turut mengesahkan Hibatullah bakal mengetuai pentadbiran Afghanistan.

Katanya, perkara itu tidak boleh disangkal lagi dan tiada pihak seharusnya mempersoalkan keputusan berkenaan.

Portal al-Arabiya pula melaporkan, model pentadbiran Taliban yang bakal dilaksanakan di negara ini mungkin mempunyai persamaan dengan model kerajaan Iran.

Meskipun presiden dan Parlimen Iran dipilih oleh rakyat, bidang kuasa kedua-duanya masih berada di bawah pemimpin tertinggi.

Sementara itu, kerajaan baharu Afghanistan tidak akan dibentuk menjadi republik.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya