LOS LLANOS DE ARIDANE, SEPANYOL: ‘Gelombang’ lava memusnahkan lebih 100 buah rumah di Kepulauan Canary, Sepanyol, sehari selepas gunung berapi meletus, memaksa 5,000 orang meninggalkan kawasan itu.
Gunung berapi Cumbre Vieja meletus sekitar pukul 3 petang semalam, menghamburkan asap hitam ke udara dan lava.
“Sekarang ini kami memindahkan 5,000 orang dan sekitar 100 rumah musnah,” kata Lorena Hernandez Labrador, seorang Ahli Majlis di Los Llanos de Ariadne, sebuah bandar yang berjarak beberapa kilometer dari gunung berapi tersebut. – AFP










