Gadis diculik, dirogol beramai-ramai sampai mati  - Utusan Malaysia

Gadis diculik, dirogol beramai-ramai sampai mati 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD: Seorang gadis berusia 18 tahun meninggal dunia selepas diperkosa beramai-ramai sehingga tidak sedarkan diri dan terpaksa menjalani rawatan di Hospital Pendidikan Aziz Bhatti Shaheed.

Lapor Dawn, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital tersebut.

Keluarga mangsa mendakwa remaja itu mati akibat dibunuh oleh pelaku pemerkosaan menggunakan ubat penenang.

Polis pula mencurigai kematian gadis itu kerana bunuh diri selepas gagal bernikah dengan jejaka pilihannya.

Pihak polis memaklumkan berjaya menangkap suspek utama dan tiga suspek lain yang didakwa terlibat kes rogol tersebut.

Ibu mangsa yang berasal dari kampung Ghazi Chak melaporkan kes tersebut kepada polis Gujrat Saddar, 3 September lalu, mengenai anaknya yang diculik oleh sekumpulan lelaki.

Katanya, mangsa diberikan ubat penenang sebelum diperkosa.

Selepas itu, mangsa dihantar ke sebuah rumah di GT Road dekat Kathala.

Hasil penyiasatan awal mendapati gadis tersebut mengambil pil beracun sebelum ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Polis bagaimanapun masih meneliti kes itu daripada semua aspek dan menunggu hasil bedah siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN