Gadis 14 tahun diracun sampai mati oleh teman lelaki kerana hamil -

Gadis 14 tahun diracun sampai mati oleh teman lelaki kerana hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Kerana panik, seorang lelaki bertindak meracun teman wanitanya hingga maut setelah mangsa memberitahu dia hamil.

Panik setelah mangsa memberitahu dia hamil, lelaki itu telah memasukkan racun ikan ke dalam jamu lalu memberi minum kepada teman wanitanya itu hingga membawa maut.

Kejadian diketahui apabila mayat mangsa ditemukan di Desa Tiru Lor, Kecamatan Gurah, Kabupaten Kediri, Jawa Timur, Jumaat lalu.

Mangsa yang berusia  14 tahun itu ditemukan  oleh tetangganya, yang dikenali sebagai Samsuri, 50.

Ketika itu Samsuri mahu memberi makan kepada ternakannya.

Apabila melihat mayang mangsa, Samsuri bergegas meminta pertolongan seorang lagi jiran bernama Sampan.

Setelah diperiksa, ternyata jasad tersebut adalah remaja perempuan jirannya yang baru berusia 14 tahun.

Samsuri lalu melaporkan kejadian ini ke perangkat desa untuk selanjutnya disampaikan kepada pihak polis..

Hasil siasatan polis telah menemukan telefon bimbit mangsa yang mempunyai perbualan mencurigakan dengan teman lelakinya.

Dari maklumat tersebut polis bertindak memburu seorang remaja lelaki berusia 15 tahun.

“Setelah dilakukan pemeriksaan, terdapat kesimpulan lelaki tersebut yang melakukan perbuatan tersebut (pembunuhan),” kata polis.

Polis kemudiaannya menahan remaja lelaki tersebut kerana disyaki membunuh teman wanitanya yang hamil.

“Berdasarkan maklumat tempat kejadian dan pemeriksaan saksi-saksi, kami akhirnya berhasil menangkap pelaku yang merupakan teman lelaki mangsa,” kata polis.

Daripada soal siasat polis, motif kejadian disebabkan pelaku kebingungan setelah mengetahui mangsa hamil.

Kehamilan itu diketahuinya dari aduan mangsa yang telah melakukan pemeriksaan sendiri menggunakan alat ujian kehamilan.

Keadaan itu lantas membuat suspek yang juga jiran mangsa panik lalu bertinda meracun gadis malang itu.

“Mangsa memberitahu berdasarkan testpack, hamil. Terus teman lelakinya kebingungan,” ujar polis.

Dari pengakuan suspek kepada polis usia kehamilan mangsa diperkirakan memasuki minggu keempat.

Polis memberitahu, selepas mengetahui mangsa hamil, suspek mengambil inisiatif membuatkan jamu untuk menggugurkan kandungan tersebut.

Namun, suspek sebaliknya mencampur jamu tersebut dengan racun tanpa pengetahuan mangsa.

Korban yang tidak merasa curiga meminum jamu mengandungi beracun tersebut yang meragut nyawanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya