Dua nahas 737 MAX: Bekas juruterbang ujian Boeing bakal didakwa - Utusan Malaysia

Dua nahas 737 MAX: Bekas juruterbang ujian Boeing bakal didakwa

RAKAN kepada salah seorang mangsa nahas pesawat 737 MAX milik Ethiopian Airlines mendengar perbicaraan kes di Capitol Hill, Washington baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pendakwa Persekutuan bakal memfailkan pendakwaan terhadap bekas juruterbang ujian pesawat Boeing yang disyaki mengelirukan pengawal selia penerbangan berhubung masalah keselamatan yang menyebabkan nahas dua pesawat 737 MAX.

Wall Street Journal melaporkan, tertuduh, Mark Forkner memainkan peranan utama antara syarikat gergasi penerbangan dengan Pentadbiran Penerba­ngan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) sebagai jurulatih penerbangan.

Berdasarkan dokumen yang diterbitkan awal 2020, Forkner didakwa menyembunyikan perincian mengenai kesalahan dalam sistem pengendalian pe­nerbangan, dikenali sebagai Sistem Maneuvering Characteristics Augmentation (MCAS) daripada pengawal selia penerbangan.

Pesawat Boeing 737 MAX diterbangkan secara rasmi Mac 2017 dan mengelilingi seluruh dunia hanya dalam tempoh 20 bulan berikutan dua kemala­ngan pada Oktober 2018 dan Mac 2019 yang mengorbankan 346 orang.

Pesawat itu dibenarkan me­lakukan penerbangan semula pada akhir 2020 selepas perisian MCAS diubah semula.

Boeing mengaku bertanggungjawab mengelirukan pe­ngawal selia penerbangan dan bersetuju membayar lebih AS$2.5 bilion (RM10 bilion) untuk menyelesaikan tuntutan saman. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN