Dua lagi tahanan Palestin lolos diri dari Penjara Gilbao ditahan - Utusan Malaysia

Dua lagi tahanan Palestin lolos diri dari Penjara Gilbao ditahan

LUBANG yang digali enam tahanan Palestin di sebuah penjara Israel di Gilboa. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Tentera rejim Zionis menahan dua lagi tahanan Palestin yang meloloskan diri dari sebuah penjara di utara Israel.

Israel sebelum ini memburu enam tahanan Palestin yang melarikan diri dari Penjara Gilbao dengan menggali terowong di bawah singki di penjara berkenaan pada 6 September lalu.

Empat daripada mereka berjaya ditahan semula baru-baru ini.

Mereka adalah Mahmoud Abdullah al-Ardah, 46, dan Yaqoub Mahmoud Qadri, 49, yang ditahan di pinggir selatan Nazareth pada Jumaat, minggu lalu, manakala sehari selepasnya, dua lagi iaitu Zakaria Zubeidi, 46, serta Mohammad al-Ardah, 39, ditahan di Shibli-Umm al-Ghanam.

Dua lagi yang ditahan semula adalah Ayman Nayef Kamanji, 35, dan Munadel Infaat, 26.

Bagaimanapun tentera Israel tidak memberikan butiran lanjut mengenai lokasi penahanan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN