Dron meletup dan berasap dalam mulut 'sang bedal' - Utusan Malaysia

Dron meletup dan berasap dalam mulut ‘sang bedal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang blogger pengembaraan berjaya merakam video menunjukkan seekor buaya menelan dron yang diterbangkannya di sebuah kawasan paya, di sini baru-baru ini.

Dev H Langer memuat nak video tersebut dalam aplikasi TikTok dan mendapat lebih empat juta tontonan.

Video itu menunjukkan dron tersebut terbang atas permukaan air ketika Dev cuba merakam buaya pada sudut yang lebih dekat.

Buaya yang dinamakan George itu kelihatan ‘teruja’ dengan dron berkenaan dan mula timbul dari permukaan air.

Tiba-tiba, buaya itu melompat keluar dari air dan menyambar dron berkenaan.

Dron itu meletup sehingga mengeluarkan asap sebaik sahaja haiwan buas itu ‘membahamnya’.

Kejadian itu mengejutkan Dev dan pasukannya sebelum mereka membuat keputusan untuk beredar dari situ.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dengan ada di antaranya memaklumkan Dev dan pasukannya boleh ditahan kerana mengancam haiwan liar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.