Ditahan cuba merogol, lelaki dihukum cuci pakaian wanita - Utusan Malaysia

Ditahan cuba merogol, lelaki dihukum cuci pakaian wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Sebuah mahkamah di Bihar, India mengarahkan seorang lelaki mencuci semua pakaian wanita di kampungnya agar dapat dibebaskan daripada hukuman penjara selepas didakwa melakukan cubaan merogol.

Lapor Gulf News, Hakim Daerah Madhubani, Avinash Kumar mengenakan jaminan bebas yang unik itu kepada seorang defendan.

Avinash berjanji membebaskan lelaki yang didakwa cuba merogol itu, dengan syarat dia harus mencuci dan seterika pakaian wanita di kampungnya.

Salinan perintah mahkamah itu diserahkan kepada ketua kampung dan pegawai undang-undang.

Keputusan mahkamah itu menjadi bualan ramai di daerah tersebut.

“Keputusan mahkamah itu mengandungi mesej sosial yang besar. Mulai hari ini, tiada individu akan berani melakukan jenayah seperti itu,” kata peguam defendan, Parshuram Mishra.

Menurut Parshuram, anak guamnya merupakan pengusaha dobi dan dia ingin menebus dosanya menerusi pekerjaannya.

Sementara itu, seorang pegawai kampung berkata, lelaki tersebut perlu mencuci pakaian kira-kira 2,000 wanita yang menetap di kampung tersebut.

Ketua kampung, Nasima Khatoon menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai bersejarah.

“Keputusan seperti ini melindungi maruah wanita. Malah orang akan berfikir 100 kali sebelum melakukan jenayah seperti itu,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.