Dicium secara paksa di dalam bas  - Utusan Malaysia

Dicium secara paksa di dalam bas 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki diberkas selepas mencium secara paksa seorang pelajar berusia 24 tahun di dalam bas di Bengaluru.

Lapor India Today, pihak polis berkata, suspek, Madhusudhan Reddy ditangkap selepas melakukan kesalahan itu, 12 September lalu.

Tertuduh yang tinggal di Vijayanar ditahan selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh daripada pengendali syarikat pengangkutan itu.

Lelaki itu berjaya dikesan selepas membuat tempahan tiket bas secara dalam talian yang membantu pihak polis menjejak lokasi rumahnya.

Mangsa membuat laporan di balai polis Peenya selepas dicium oleh suspek sebelum turun dari bas di terminal Peenya, pada pukul 5.30 pagi.

Wanita itu menaiki bas dari Ballari ke Bengaluru.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.