Covid-19: Bayi 9 hari pesakit termuda di Australia - Utusan Malaysia

Covid-19: Bayi 9 hari pesakit termuda di Australia

BAYI berusia sembilan hari dikenali sebagai Hudson. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia merekodkan kes termuda Covid-19 melibatkan bayi berusia sembilan hari selepas mendapat jangkitan itu daripada ibunya.

Lapor Daily Mail, ibu mangsa, Madeline Woods dijangkiti virus semasa melahirkan anak lelakinya di Hospital Campbelltown.

Dia disahkan positif Covid-19 selepas dua hari melahirkan anak, manakala bayinya disahkan positif sembilan hari selepas itu.

Wanita itu dirundung kesedihan, namun bersyukur apabila mendapat sokongan tanpa berbelah bahagi daripada petugas barisan hadapan di hospital.

“Jururawat sangat penyayang, mereka meyakinkan saya bayi boleh bertahan melawan virus,” katanya.

Jabatan Kesihatan New South Wales mengesahkan Maddie mendapat jangkitan itu semasa mengunjungi klinik pranatal seminggu sebelum bersalin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN