Budak Palestin cedera dilanggar pemandu kereta Israel - Utusan Malaysia

Budak Palestin cedera dilanggar pemandu kereta Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Sebuah kenderaan yang dipandu oleh penduduk Israel melanggar kanak-kanak Palestin sehingga mangsa mengalami kecederaan berdekatan Kiryat Arba, Hebron.

Sumber memberitahu, mangsa berusia lapan tahun dikenali sebagai Abdelrahim al-Jabari.

Mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan keadaan budak itu dilaporkan stabil.

Berdasarkan gambar, pemandu Israel yang membawa kereta berwarna kelabu melarikan diri selepas kejadian sambil disaksikan penduduk Palestin lain.

Keganasan terhadap penduduk Palestin dan harta benda mereka sudah menjadi rutin di Tebing Barat dan timur Baitulmuqaddis.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN