Batu pemberat berusia 2,700 tahun ditemukan - Utusan Malaysia

Batu pemberat berusia 2,700 tahun ditemukan

BATU pemberat berusia 2,700 tahun ditemukan oleh ahli arkeologi. - BBC INDONESIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Sekumpulan ahli arkeologi menemukan batu pemberat berusia 2,700 tahun yang dipercayai digunakan untuk menipu timbangan dan sukatan dalam perniagaan pada era Baitulmuqaddis purba.

Lapor Suara.com, batu pemberat itu ditemukan apabila pasukan ahli arkeologi melakukan kerja-kerja penggalian di bahagian utara Silwan.

Terdapat dua calar pada batu pemberat yang bersaiz 14 milimeter (mm) diameter dan 12 mm panjang manakala beratnya kira-kira 0.944 gram.

Namun selepas dikaji, didapati berat batu itu 3.61 gram atau tiga kali ganda lebih berat berbanding simbol dua calar pada permukaan batu.

Dua ahli arkeologi, Eli Shukron dan Hagai Cohen Kolonimus dari Hebrew University of Jerusalem meneliti batu pemberat tersebut.

Mereka memutuskan bahawa batu pemberat itu digunakan untuk menipu atau menipu orang ketika berniaga.

Pasukan ahli arkeologi juga menyifatkan batu pemberat itu sebagai penemuan yang sangat jarang berlaku.

Media Israel melaporkan setakat ini ahli arkeologi hanya pernah menemukan dua batu pemberat dari era Baitulmuqaddis purba. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya