AUKUS ‘pakatan perang’ hadapi China - Utusan Malaysia

AUKUS ‘pakatan perang’ hadapi China

JOE BIDEN mengumumkan pakatan AUKUS secara maya bersama Boris Johnson dan Scott Morrison di Washington, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) mengumumkan ‘pakatan baharu’ bersama Australia dan Britain untuk memantapkan keupayaan ketenteraan dalam menghadapi persaingan yang semakin mening­kat dari China.

Pakatan baharu itu memboleh­kan Australia dilengkapi armada kapal selam berkuasa nuklear dan peluru berpandu.

Pengumuman tersebut dibuat dalam pertemuan video oleh Pre­siden Joe Biden; Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan rakan sejawatnya dari Bri­tain, Boris Johnson,semalam, pastinya ‘me­nimbulkan tindak balas’ Beijing.

Biden berkata, usaha itu membolehkan Australia membina kapal selam berkuasa nuklear dan memastikan mereka memiliki ‘kemampuan paling moden diperlukan untuk mempertahankan diri daripada ancaman yang berkembang pesat’.

SALAH sebuah kapal selam yang dimiliki Britain, HMS Astute. Britain, Amerika Syarikat dan Australia mengumumkan pakatan baharu ketenteraan. – AFP

Kapal selam itu, tegas Biden dan pemimpin lain, tidak akan dilengkapi senjata nuklear, ha­nya digerakkan dengan reaktor nuklear.

Morrison kemudian mengumumkan Australia juga akan memperoleh peluru berpandu jarak jauh AS, Tomahawk.

Ketiga-tiga pemimpin terbabit tidak menyebut China ketika melancarkan pakatan yang diberi nama AUKUS itu, tetapi ‘niat mereka jelas’.

“Dunia semakin kompleks, terutama di wilayah kita, Indo-Pasifik. Ini mempengaruhi kita semua. Masa depan Indo-Pasifik akan mempengaruhi semua masa depan kita,” kata Morrison.

Johnson pula berkata, mereka akan bekerja ‘bergandingan ta­ngan untuk menjaga kestabilan dan keamanan di Indo-Pasifik’.

Pada kunjungan minggu lalu ke Asia Tenggara, Naib Presiden AS, Kamala Harris menuduh Beijing melakukan ‘tindakan yang me­ngancam ketenteraman antarabangsa, terutama tuntutan agresifnya di Laut China Selatan, di mana sering terjadi perselisihan wilayah’.

Wakil teknikal dan tentera laut dari tiga negara itu akan memutuskan mengenai AUKUS, yang menurut Johnson menjadi ‘salah satu projek paling kompleks di dunia, yang berlangsung selama beberapa dekad’.

Sebagai tambahan kepada armada kapal selam, seorang pegawai kanan AS berkata, AUKUS akan menggabungkan kekuatan teknologi siber khususnya kecerdasan buatan (AI) dan beberapa kemampuan dasar laut.

Australia sepatutnya menjalin kerjasama dengan Perancis dalam perolehan kapal selam. – AFP

JELAS MENENTANG CHINA
Terdahulu, Reuters melaporkan, jurucakap Kedutaan China di Washington, Liu Pengyu berkata, negara-negara terlibat tidak seharusnya membina blok yang menyasarkan atau ‘mendatangkan bahaya’ kepada pihak ketiga.

“Mereka sepatutnya mengetepikan mentaliti ‘Perang Dingin’ dan prasangka idologi prejudis,” katanya.

Bonnie Glaser, Pengarah Program Asia di German Marshall Fund pula berkata, ‘tingkah laku tegas’ seperti itu (AUKUS) jelas bertujuan untuk menentang China.

“Beijing akan melihat ini sebagai sebahagian daripada usaha AS menjalin pakatan yang bertujuan menentang China,” katanya kepada South China Morning Post.

‘GEGARAN BUMI KOREA’
Dalam pada itu, ketika AUKUS diumumkan, di sebelah timur Asia, Seoul dan Pyongyang saling bersaing melancarkan ujian peluru berpandu balistik.

Al-Jazeera melaporkan, Korea Selatan melakukan ujian peluru berpandu balistik bawah laut dan peluru berpandu buatan tempatan yang dilancarkan dari kapal selam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya