CALIFORNIA: Ahli astronomi berjaya merakam gambar asteroid yang berbentuk seperti tulang anjing dan dua bulan kecil.
Penampakan itu menimbulkan persoalan bagaimana objek aneh itu muncul, lapor Mirror.
Seorang ahli astronomi berkata, kali pertama batu luar angkasa Kleopatra dilihat di garisan asteroid antara planet Marikh dan Musytari adalah pada 1880.
Namun, dalam beberapa dekad terakhir, mereka menyedari batu luar angkasa itu memiliki bentuk yang aneh.
Bagi meneliti objek tersebut, mereka menggunakan Very Large Telescope di Chili.
Pakar Astronomi di Institut SETI, California, Franck Marchis berkata, memahami sistem asteroid yang kompleks itu dapat membantu manusia mempelajari lebih lanjut tentang sistem suria.
Pada 2008, Marchis dan pasukannya melihat dua bulan Kleopatra yang diberi nama Alex Helios dan Cleo Selene.
Selain itu, analisis baharu menunjukkan kedua-dua bulan itu berasal dari Kleopatra sendiri.
Namun, mereka tidak menolak kemungkinan sekiranya terdapat bulan-bulan kecil lain yang mengelilingi orbit Kleopatra.










