Asrama pelajar terlalu daif sampai siling runtuh - Utusan Malaysia

Asrama pelajar terlalu daif sampai siling runtuh

KEADAAN asrama yang dihuni pelajar di Tangerang Selatan, Banten.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTEN: Seorang mahasiswa berasal dari Karawang terpaksa meluahkan isi hatinya dalam media sosial mengenai keadaan asrama pelajar yang terlalu teruk di Tangerang Selatan.

Lapor Detik.com, Setiausaha Agung Keluarga Mahasiswa Islam Karawang (KMIK), Firhan Hazmi berkata, kerosakan melibatkan dinding bilik air serta siling di bahagian dapur yang sudah runtuh.

Katanya, situasi itu jauh berbeza jika dibandingkan dengan keadaan asrama pelajar di Cirebon, Indramayu dan Majalengka yang jauh lebih baik.

Jelasnya, dia sudah menghantar surat aduan sejak Mei lalu, namun, belum menerima sebarang maklum balas sehingga sekarang.

“Saya terpaksa meluahkan dalam media sosial supaya pihak kerajaan negeri mendengar masalah kami,” katanya.

Asrama tersebut dibina dengan bantuan dari kerajaan negeri Karawang menerusi peruntukan bajet 2002.

Pada 2019, bangunan asrama itu disahkan secara rasmi milik kerajaan negeri tersebut.

Sementara itu, Ketua Kewangan dan Pengurusan Aset Karawang, Endang Soemantri mengesahkan menerima aduan tersebut dan proses pembaikan tidak dapat dilakukan tahun ini akibat pandemik Covid-19.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya