AS percepat pengeluaran pesawat halimunan - Utusan Malaysia

AS percepat pengeluaran pesawat halimunan

Pesawat halimunan B-21 dilengkapi senjata konvensional dan termonuklear. – ILUSTRASI TENTERA UDARA AS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Amerika Syarikat (AS) mempercepatkan pengeluaran ‘pesawat halimunan’ pengebom jarak jauh B-21 Rai­der bagi menghadapi cabaran dari China, jika kedua-dua negara bertempur di Laut China Selatan dan Taiwan.

Setiausaha Tentera Udara AS, Frank Kendall berkata, AS mempunyai lima pesawat pengebom yang dihasilkan berbanding dua seperti dilaporkan sebelum ini, lapor South China Morning Post.

“Seperti saya maklumkan, sekarang kita mempunyai lima pesawat percubaan B-21 yang dihasilkan di pangkalan Air Force Plant 42 di Palmdale, California.

“Semua program mempu­nyai risiko dan hal sama berlaku pada B-21, tetapi pada saat ini, setidaknya, program ini me­nunjukkan kemajuan yang baik untuk kemampuan lapangan sebenar,” katanya dalam sidang akhbar di sini kelmarin.

Julai lalu, agensi berita AS, Defence News melaporkan Pe­ngarah Pejabat Keupayaan Pantas Angkatan Tentera Udara, Randall Walden berkata, pesawat Raider adalah kunci kepada pemodenan nuklear dan menjadi keutamaan utama bagi perkhidmatan tersebut.

Katanya, pendekatan reka bentuk pesawat menjadikan negara di landasan betul dalam memastikan keupayaan pertahanan udara AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya