Aktivis gesa pihak berkuasa tangkap Bush - Utusan Malaysia

Aktivis gesa pihak berkuasa tangkap Bush

GEORGE W. BUSH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang aktivis antiperang bertindak ‘menyampuk’ dan mengganggu ucapan bekas Pre­siden Amerika Syarikat (AS), George W. Bush dalam satu forum di California kerana berasa tidak puas hati de­ngan pentadbiran pemimpin itu.

Lapor Daily Sabah, aktivis itu menyelar Bush kerana telah melakukan jenayah perang di Iraq sehingga mengubah kehidupan keluarganya menjadi mimpi ngeri.

Pensyarah dari University of California, Jeb Sprague mengganggu ucapan Bush pada forum Distinguished Speaker Series of Southern California di Long Beach, kelmarin.

“Perang yang kamu cipta telah menghancurkan kehidupan sepupu saya. Tindakan itu juga menyebabkan mimpi ngeri kepada keluarga saya.

“Puluhan ribu warga Amerika dan sejuta rakyat Iraq terkorban,” katanya dengan nada yang kuat pada majlis tersebut.

Sprague menyatakan Bush menggunakan senjata kimia fosforus putih di Fallujah.

“Tangkap lelaki ini, tahan penjenayah perang ini,” katanya.

Bush kemudian memberi maklum balas de­ngan menyatakan Sprague mungkin ditahan sekiranya melakukan perbuatan demikian di negara lain.

Namun kata Bush, Sprague bebas menyatakan pandangannya di AS.

Sebelum ini, ucapan Bush diganggu dengan jeri­tan bekas tentera Amerika Syarikat (AS), Mike Prysner yang pernah ditugaskan dalam pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.

Beliau mahu Bush meminta maaf kepada semua pihak, khususnya penduduk di negara Teluk itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya